“The Greatest Secret of All”

Jatuh bankrup…

Posted by: Fathuallah in: ● June 30, 2009

Selamat pagi semua.

Hari ni saya nak bawakan topik yang amat digeruni bukan saje bisnesman malahan semua orang kat dunia ni.

Bagi seorang bisnesman yang cekal, walau seteruk manapun kegagalannya namun mereka tetap teguh bangkit kembali membina empayar yang telah musnah. Meraka mulakan kembali dengan semangat dan kejituan yang baru.

Nak tahu macam mana mereka begitu nekad bangkit dari taraf muflis?

Mudah saje, mereka semua hanyalah hilang kereta, rumah, bisnes serta wang ringgit. Apa yang masih lagi mereka ada adalah H A T I & A K A L. Andai ada yang ingin membeli organ badan anda, sanggupkah anda menjual hati anda dengan harga RM1 juta?

Anda sendiri yang tentukan. Bersyukurlah, kerana Allah Maha Kaya. Dia memberikan kesempatan kepada kita untuk sentiasa menghargai segala nikmat-Nya. Andai kita bersyukur dengan segala nikmat-Nya, nescaya rezki kita akan bertambah.

Bergantunglah hanya pada-Nya, jangan serahkan pada selain-Nya. Anda mempunyai kekuatan minda yang tinggi dan keadaan fizikal yang sempurna. Gunakanlah semaksima yang mungkin. Just Do It!

Hargai Insan Yang Tersayang

Posted by: Fathuallah in: ● June 19, 2009

Selamat pagi semua.

Sempena dengan sambutan Hari Bapa 2009, saya amat tertarik untuk menjadikan topik ini lebih hangat dan menarik. Mana tak nya, andai tanpa pengorbanan dan jasa mereka siapalah kita di dunia ini. Tiada harta mahupun wang ringgit yang setanding dengan pengorbanan mereka.

Apakah cara terbaik untuk kita meraikan Hari Bapa? Anda mungkin telah mengatur perancangan yang rapi sepanjang hujung minggu ni. Saya tidak dapat memberikan idea yang terbaik untuk anda meraikannya. Anda lebih arif dan pakar dalam menambat hati bapa anda. Apa yang penting, seorang bapa tidak mengharapkan sesuatu daripada anaknya. Sebuah ingatan yang ikhlas mampu menyentuh hati seorang insan yang bergelar B A P A.

Walau apa pun teknik yang anda gunakan sempena sambutan Hari Bapa, hargailah seluruh ahli keluarga kita bersama. Hargailah apa yang ada di depan mata, kerana apa yang ada di depan mata kita bakal hilang dalam sekelip mata tanpa kita menduga. Segalanya terserah pada-Nya. Bagi yang telah pergi, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh mereka tenang dan damai.

Sesibuk mana anda, jangan biarkan hari-hari istimewa ini berlalu dengan begitu sahaja. Hargailah setiap saat bersama insan yang tersayang.Just Do It!

Think Young

Posted by: Fathuallah in: ● June 18, 2009

“Always think young and you will look young forever”

Percayalah, dengan berfikiran seperti seorang pemuda atau pemudi anda akan sentiasa ke hadapan dan berwawasan. Bukan bermakna anda tidak akan tua selamanya, cara pemikiran anda akan bertambah matang dan penuh kreatif.

Bagi seorang bisnesman, hanya dengan think young mereka akan berkreatif dan berinovasi. Banyak peluang perniagaan yang dapat di rebut khususnya memenuhi kehendak muda-mudi. Dari sudut pakaian sehinggalah pelajaran. Mereka adalah nadi ekonomi dan bakal pemimpin masa depan. Cubalah berkreatif dan berimaginasi, minda anda akan terus menghasilkan neuron-neuron positif serta membuahkan idea-idea yang amat bernas.Just Do It!

Alaminya Sendiri

Posted by: Fathuallah in: ● June 17, 2009

Wang ringgit mahupun harta tidak akan mampu membeli sebuah pengalaman yang berharga.

Andai anda mengecapi kejayaan, anda berhak meraikannya dengan penuh keriangan dan seandainya anda pernah menemui kegagalan dalam hidup maka hadapilah dengan penuh kesabaran kerana setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Kelebihan yang anda perolehi daripada pengalaman yang berbeza ini akan mematangkan minda dan jiwa anda. Apa yang penting adalah anda mengalaminya sendiri. Motivasi yang tinggi perlu bagi membina kembali semangat yang telah hilang akibat kegagalan kita. Tanamkan tekad agar kita tidak lagi akan mengulangi kesilapan yang sama.

Teruskan perjuangan kita. Jangan menyerah sebelum berjuang. Anda mampu mengubahnya. Just Do It!

Sudah agak lama saya tidak membincangkan topik motivasi ni. So, saya dapatkan info yang paling hangat daripada pakar motivasi Malaysia. Just Do It!

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2.

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.. 

Selamat mencuba

Tiada masa untuk manjakan diri

Posted by: Fathuallah in: ● June 10, 2009

Dalam dunia bisnes, tiada masa untuk anda manjakan diri anda. Masa amat berharga bagi bisnesman.

Kalau jiwa dan mental anda ampuh dan cepat terasa, bidang bisnes mungkin bukan pilihan anda yang sesuai. Anda akan berdepan dengan sepak terajang. Dah la nak kene ke hulu ke hilir, kene maki dan sindir dek orang lagi.

Tapi jangan risau. Bentuklah peribadi yang unggul. Berfikirlah secara positif. Jangan mudah mengalah. Cekalkan hati dan jiwa.

Setiap tindak tanduk kita mestilah ke arah memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri kita. Andai kita sering kali menggunakan prinsip ‘tak pe’,maka jauh lagi lah perjalanan yang perlu anda tempuhi.Just Do It!

1st impression

Posted by: Fathuallah in: ● June 9, 2009

Apa khabar semua?

Kali ini saya akan bincangkan topik berkaitan 1st impression yang dalam bahasa melayunya berbunyi pandangan pertama. Dari sifat lahiriah manusia, kita sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Dalam konsep bisnes, jika produk ataupun servis yang anda berikan tidak dapat menarik perhatian pembeli maka anda akan mengalami kerugian.

Pengguna amat menitikberatkan perihal produk. Mereka tidak inginkan barangan yang mereka beli dalam keadaan yang teruk ataupun rosak. Elakkan segala inventori kita mengalami kerosakkan dan tamat tempoh kerana isu ini amat sensitif di kalangan pengguna.

Saya amat menekankan kualiti produk. Sebaik sahaja sesi jualan selesai, saya akan maklumkan kepada pelanggan-pelanggan saya agar memeriksa 100% keadaan produk agar tiada masalah dari segi kecacatan ataupun kerosakkan. Andai terjadinya perkara yang tidak diingini, saya akan pastikan pelanggan saya menukar kembali barangan yang rosak tadi dengan produk yang baru.Just Do It!

B I S N E S = M O N O P O L Y

Posted by: Fathuallah in: ● June 4, 2009

Mungkin anda agak terkejut dengan tajuk posting saya hari ini. Percayalah, bisnes macam kita main monopoly je.

Mana tak nya, tiap-tiap kali kita nak mulakan monopoly kita diberi modal permulaan. Begitu juga dengan bisnes, modal amat memainkan peranan paling penting.

Dah dapat modal, bila kita dapat berhenti di satu-satu tempat kita akan gunakan modal untuk membeli tapak airport dan sebagainya(anda lebih arif). Anda terus bermain sehingga ada pemain lain yang singgah, anda dapat hasil sewa bergantung pada harga tempat yang anda beli tadi.

Bisnes is a game. Kalau anda mempunyai keyakinan yang tinggi, anda mampu untuk berjaya dalam dunia bisnes. Anggaplah seperti anda bermain monopoly ataupun saidina. Untungnya, duit yang anda dapat dalam bisnes adalah duit betul, bukannya palsu.Just Do It!

B I S N E S = W A R!

Posted by: Fathuallah in: ● June 3, 2009

Apa khabar semua?

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk posting tajuk-tajuk best untuk ruangan bisnes.

Nak tau kenapa masyarakat Cina boleh dikatakan berjaya dalam menguasai ekonomi hampir di seluruh pelusok dunia?

Mereka menganggap bisnes mereka adalah satu peperangan yang perlu ditempuhi dengan pelbagai persiapan dan kelengkapan. Saya amat tidak bersetuju jika ada sesetengah pihak yang mengatakan bisnes mereka hanyalah sekadar suka-suka. Jangan mempertaruhkan masa anda dengan melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil yang memberansangkan.

Cubalah tiru taktik berniaga masyarakat ataupun individu yang telah berjaya dalam dunia bisnes. InsyaAllah anda akan dapat menjimatkan masa untuk trial & error yang telahpun dilalui oleh para Jutawan.

Kali ini dan seterusnya saya akan ending posting dengan tagline saya. Ini adalah antara cadangan daripada pembaca blog ni. Thank you, Mad.

JUST DO IT!

Let’s Do It!

Posted by: Fathuallah in: ● May 23, 2009

Apa khabar semua?

Alhamdulillah, minggu ni adalah saat yang paling di nanti-nantikan. Nak tau kenapa? Ha sebab saya dapat peluang terbaik untuk berniaga sepanjang majlis istiadat konvokasyen uitm yang ke-70.

Tujuh hari saya akan berniaga mulai 26 Mei sehingga 3 June 2009.

Kalau bercerita pasal konvo ni, barangan yang paling terbaik untuk dijual adalah G I F T. So, saya decide dengan parter bisnes untuk menjual coklat C A D B U R Y.

Bunga, teddy bear semua tu dah common sangat da. Kami cari alternatif untuk buat kelainan serta mensasarkan harga yang mampu dibeli dan berpatutan.

Kalau ada sahabat-sahabat atau saudara-mara yang grad, jangan lupa singgah di gerai kami berdekatan dengan Arkib UiTM.bye

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Aug    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Tags

Recent Comments