Posted by Fathuallah in April 13, 2010
Apa khabar semua? Harapan Fath semoga anda semua berada dalam keadaan baik hendak-Nya.
Jadi hari ini Fath akan kongsikan satu topik yang amat menarik dan memberi inspirasi yang membina. Be Different! Ya, carilah kelainan. Sekiranya anda inginkan produk ataupun servis yang anda berikan diingati oleh pelanggan, carilah kelainan daripada pesaing anda. Seandainya teknik promosi mahupun persembahan anda seakan-akan pesaing anda, maka dengan sendirinya kredibiliti anda turut serta menurun.

Bina kekuatan dengan suatu kelainan yang akan sentiasa diingati oleh pelangaan ataupun bakal pelanggan anda. Kita lihat sahaja jenama sukan yang paling terkenal seperti Nike. Anda pasti ingat taglinenya yang paling famous iaitu Just Do It!
Mulai hari ini, binalah satu jenama yang akan sentiasa diingati ramai. Ingat, Be Different! Carilah kelainan yang mampu memberi impak yang besar kepada business anda. Selamat mencuba!
One Response
1 | Zoelhilmi
15 de April de 2010 7:29 am
Sila translate => Jauhi pasar yang sesak