“The Greatest Secret of All”

How to close a sale | Part 2

Posted by: Fathuallah in: ● July 16, 2009

Apa khabar semua?

Sambungan daripada part 1 semalam. Pelanggan / customer / client, apa saje panggilan yang anda tentukan mereka adalah segala-galanya buat anda.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, setiap kali pelanggan melangkah masuk ke kedai pastikan mereka di layan seperti raja.

Customer is King.

Pelanggan amat berasa senang bila mereka dilayan setiap kali berkunjung ke kedai anda. Mereka akan merasa selesa dan mudah untuk membuat keputusan membeli daripada kedai anda. Jangan sesekali sia-siakan pelanggan pertama yang melangkah masuk ke kedai. Pastikan anda berjaya membuat jualan pada pelanggan yang pertama walaupun terpaksa menjual pada harga kos.

Kenapa perlu jual pada harga kos? Ini adalah salah satu teknik menawan hati pelanggan. Mereka akan membuat pembelian susulan selepas ini. Membuat jualan pada pelanggan yang sedia ada lagi mudah berbanding mencari pelanggan yang baru dimana anda perlu mengadakan promosi yang menelan belanja yang agak besar.

Pelanggan kita adalah agen yang akan mempromosikan produk atau servis kita tanpa perlu kita mengeluarkan sebarang kos. Promosi mulut ke mulut adalah teknik yang paling memberi kesan yang amat mendalam dan telah dipraktikkan sejak sekian lama. Just Do It!

No Comments to "How to close a sale | Part 2"

Write Comment

Calendar

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Recent Comments