“The Greatest Secret of All”

Losing my virginity by Richard Branson

Posted by: Fathuallah in: ● July 5, 2009

Apa khabar semua?

Selamat berhujung minggu disamping insan yang tersayang. Hargailah setiap detik bersama mereka. Tanpa mereka, jiwa dan hidup kita tidak akan lengkap. Semailah benih-benih cinta dan kasih sayang, nescaya anda akan dikasihi oleh semua makhluk di muka bumi ini.

Pagi ahad yang indah dan permai ini, saya ingin kongsikan satu daripada koleksi buku-buku self-help saya yang baru je dibeli. Minggu lepas saya berjaya habiskan 2 buah buku karangan anak watan kita iaitu Chef Li, Biar Kecil Asalkan Berhasil dan Orang Kaya Bertaqwa.

Kali ini karangan insan yang terkenal sebagai founder Virgin Air Lines iaitu Richard Branson telah bejaya menarik minat saya. Buku pertama yang saya baca daripada karangan beliau adalah Screw It’s,Let’s Do It. Ada sedikit persamaan antara tempoh beliau menghadapi saat-saat sukar dalam menjalankan bisnes dengan saya. Apa persamaannya?hmm…persamaan yang paling ketara adalah Richard seorang yang sukakan idea dan terus merealisasikannya. Mengalami kesukaran di awal penglibatan bisnes. Apa yang penting katanya adalah, Just Do It! Tiada yang mustahil dalam hidup ini.

MPH kat SACC Mall tempat favourite saya beli buku. Harga buku ni amat berpatutan, RM59.90. Tebal die tak mau ingat 573 pages. InsyaAllah saya akan habiskan dalam bulan ni gak. Selamat berhujung minggu. Just Do It!

1 Comment to "Losing my virginity by Richard Branson"

1 | Anonymous

5 de July de 2009 to ● 11:23 am

we will see what might happen in the future. mofat on the way of greatest success ever..

Write Comment

Calendar

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Recent Comments