“The Greatest Secret of All”

Archive for May de 2009

Let’s Do It!

Posted by: Fathuallah in: ● May 23, 2009

Apa khabar semua?

Alhamdulillah, minggu ni adalah saat yang paling di nanti-nantikan. Nak tau kenapa? Ha sebab saya dapat peluang terbaik untuk berniaga sepanjang majlis istiadat konvokasyen uitm yang ke-70.

Tujuh hari saya akan berniaga mulai 26 Mei sehingga 3 June 2009.

Kalau bercerita pasal konvo ni, barangan yang paling terbaik untuk dijual adalah G I F T. So, saya decide dengan parter bisnes untuk menjual coklat C A D B U R Y.

Bunga, teddy bear semua tu dah common sangat da. Kami cari alternatif untuk buat kelainan serta mensasarkan harga yang mampu dibeli dan berpatutan.

Kalau ada sahabat-sahabat atau saudara-mara yang grad, jangan lupa singgah di gerai kami berdekatan dengan Arkib UiTM.bye

Aggresive Promo!

Posted by: Fathuallah in: ● May 22, 2009

Promosi adalah kunci utama kepada semua bisnes tidak kira berapa besar saiznya.

Saya pun mesti membuat promosi agar semua orang tahu mengenai produk yang saya pasarkan.

Ini adalah pricing terbaru untuk celcom broadband. Kalau sesiapa berminat, maklumkanlah ye.bye.

Do It Today!

Posted by: Fathuallah in: ● May 20, 2009

“Don’t wait until tomorrow what you can do it today”.

Pagi-pagi dah mula speaking.=) Ada orang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk mereka mulakan bisnes? Jawapan saya adalah, T O D A Y!

Mudahkan, mengapa kita perlu tunggu sampai umur 40 tahun baru nak mula berjinak-jinak dengan bisnes. Ada yang berkata, awal 20-an terlalu muda.

Dalam bisnes, tiada limit usia yang dapat ditentukan. Kalau anda minat dan yakin, just go for it!

Hari tu saya ada nak maklumkan mengenai bisnes terbaru saya pada posting yang lepas. Ha, bisnes terbaru saya adalah G A Z E B O. Ada yang kayu ukir, buluh dan macam-macam lagi la. Kalau ada yang berminat nak tahu, inform kat saya.bye

Inner Shine

Posted by: Fathuallah in: ● May 16, 2009

Seringkali kita mengambil kira paras rupa dan bentuk fizikal sebagai kayu pengukur penilaian terhadap seseorang individu. Mungkin kita juga terlepas pandang bahawa itu semua tidak menjanjikan kejayaan yang hakiki dalam kehidupan.

Bila kita kaitkan dengan kecantikan, maka makhluk yang paling sinonim dengan topik ini adalah W A N I T A. Tidak dinafikan juga, kaum adam masa kini juga amat menitikberatkan perihal penjagaan wajah. Maka pusat-pusat kecantikan dan spa-spa penjagaan badan tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

Ada yang sanggup menghabiskan ratusan malahan ribuan ringgit semata-mata ingin kelihatan cantik, anggun dan menawan.

Topik kita pada kali ini menekankan konsep penjagaan dari sudut dalaman diri kita,  I N N E R S H I N E. Untuk menjadi usahawan yang berkaliber dan berwawasan, kita mestilah sanggup untuk berbelanja bagi memperkayakan ilmu pengetahuan kita dan membentuk emosi dan jiwa yang mantap serta berkarisma. Penuh bermadah posting saya pada kali ni.=)

Nak tahu macam mana caranya? mudah saja, bagi mereka yang betul-betul minat untuk buat bisnes dapatkanlah koleksi-koleksi buku berkenaan dengan bisnes. Tambahkan lagi dengan mendengar kaset,CD,DVD yang berkaitan dengan kejayaan-kejayaan individu dalam bisnes yang diceburi. Selain daripada itu, sertailah seminar dan kursus-kursus yang dapat menambahkan ilmu serta berkongsi pengalaman dengan mereka yang pakar dalam industri yang bakal kita ceburi.

Seiringkanlah penjagaan luaran dan dalaman kita agar segala yang kita impikan akan menjadi kenyataan.

Impossible Is Nothing. Just Do It.bye.

Gori!

Posted by: Fathuallah in: ● May 15, 2009

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa tajuk topik saya kali ni. Bunyi pun dah macam perkataan German. Jangan risau, saya akan jelaskan secara terperinci dan mendalam.

G O R I adalah perkataan yang biasanya digunakan oleh para peniaga di Kelantan semasa memulakan urusniaga. Sebagai contoh jualan pembukaan harian mereka akan diistilahkan sebagai G O R I. Kalau anda ingin mendapatkan harga yang murah, datanglah pada waktu pagi. Mesti para peniaga akan berebut untuk mendapatkan pelanggan dan memberi harga serendah mungkin bagi membuka pintu rezeki mereka.

Ini boleh dikategorikan sebagai salah satu teknik menawan hati pelanggan. Sesuai dengan kehendak agama dan didiklah jiwa kita agar bisnes yang dijalankan sentiasa mendapat berkat dari-Nya. Selamat mencuba.bye.

Perbandingan harga

Posted by: Fathuallah in: ● May 14, 2009

Apa yang paling dikhuatiri bila kita berurusan dengan pembeli? H A R G A.

Memang susah bila kita tidak tahu bagaimana nak letakkan harga yang tepat ke atas sesuatu produk. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan membuat perbandingan harga. Nak tahu bagaimana caranya? Mudah saja. Saya bagi contoh berdasarkan pengalaman saya berniaga. Produk jualan saya adalah berkaitan dengan pakaian berjenama sukan seperti adidas dan nike. So, saya akan selalu ke butik-butik dan kedai-kedai sukan untuk menilai harga semasa barangan jualan saya.

Bila saya berurusan dengan pelanggan saya, saya akan bandingkan harga saya dan harga yang ditawarkan di pasaran. Elakkan daripada membuat perbandingan palsu. Pelanggan akan hilang kepercayaan pada kita. So, rajin-rajinlah survey harga kat market. Saya buat sebab saya minat dan sambil-sambil shopping.hehe.bye

Extreme!

Posted by: Fathuallah in: ● May 13, 2009

Apa khabar semua?

Harapan saya agar anda semua berada dalam keadaan baik hendaknya.

Perkataan E X T R E M E seringkali kita kaitkan dengan aksi-aksi lasak dan mencabar. Bisnes pun kita anggap satu bidang yang cukup lasak dan penuh cabaran. Mana tak nya,ada saja halangan bila kita nak menuju ke puncak(macam tajuk lagu la pulak)hehe…

Saya sarankan diri saya sendiri dan semua pembaca, bila kita nak lakukan sesuatu lakukanlah dengan E X T R E M E. Push to the limit kate mat saleh. Jangan buat ala kadar saja. Buat dengan penuh semangat dan perancangan. Baru kita puas hati dengan apa yang bakal dicapai, no pain no gain.

Alhamdulillah, masa saya berada di kampung ni saya gunakan sebaik mungkin dengan menambah kenalan bisnes yang baru. Maklumlah, pantang tengok peluang terus buat. Nak tau apa lagi bisnes yang nak saya jalankan?kene la tunggu posting yang akan datang. Macam mane pulak dengan bisnes-bisnes sebelum ni? Yang lain-lain tetap maintain, hari-hari ada saja orang order. Yang baru ni saya nak D I V E R S I F Y. Apa tu diversify? nanti saya jelaskan posting yang seterusnya.bye

Passion!

Posted by: Fathuallah in: ● May 10, 2009

Saya sekali lagi bersemangat untuk terus menceburi bidang perniagaan. Apa yang nak saya kongsikan kali ini adalah seorang usahawan mestilah P A S S I O N A T E!

Usahawan mestilah bermotivasi, teguh pendirian serta berwawasan.

Segmen The Duke channel AXN mendedahkan tokoh usahawan Vietnam yang telah berjaya dalam bidang perhotelan dan franchise.

Memang berbaloi bila kita dapat mengecapi kejayaan selepas mengharungi segala pahit getir cabaran dan dugaan.

Tips untuk usahawan berjaya adalah M I N A T yang mendalam dalam industri yang kita ceburi.selamat berjuang.bye


Calendar

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tags

Recent Comments