Posted by: Fathuallah in: ● April 17, 2009
InsyaAllah, habis sahaja final exam saya akan kembali aktif posting topik-topik yang menarik untuk dibincangkan bersama. Banyak yang nak saya kongsikan dengan anda semua, maklum sajalah kekangan masa dan faktor-faktor lain yang tak dapat dielakkan.
Akhir kata, doa-doakanlah agar saya tenang dan tabah menempuhi final exam ni dan semuanya berjalan lancar.bye.
Posted by: Fathuallah in: ● April 1, 2009
Apa khabar semua?
Tajuk hangat saya kali ni adalah berkaitan dengan Human Resource Management.
Macam topik dalam subjek MGT je.hehehe. Memang topik ni sangat menarik. Dalam dunia bisnes, nasihat yang paling berharga yang saya dapat daripada ramai bisnessman adalah masalah pengurusan pekerja. Ha, tak dapat disangkal lagi, masalah pekerja perlu dititik beratkan oleh semua majikan.
Dalam keadaan kegawatan ekonomi ni, ramai pekerja yang dibuang kerja. Apa pulak nasib lepasan IPT yang baru bergelar graduan(termasuk saya ni)hihi? Sama-sama kita renungkan.
Semalam saya makan malam di sebuah restoran area Putra Heights. Restoran ni adalah port saya berjumpa otai-otai bisnessman. Memang sedap masakan di sini, yang paling penting adalah semua yang datang adalah anak-anak kelate dan masakan kat situ pun masakan kelate.
Yang menghairankan, ramai pekerja kat situ dah nak berhenti, tak tahan dengan karenah boss. Sambil-sambil makan, ktorng interview la tukang masak kat situ. Tanya apa sebab utama mereka nak berhenti, klu mereka berhenti maknanya kami terpaksa cari port baru la pulak.
Mereka sebenarnya gembira dapat bekerja di situ, cumanya tak ngam dengan boss. Mereka cakap boss layan mereka macam tentera. Akhirnya kami dapat tahu yang boss adalah bekas navy. Jadi, boss cuba nak praktikkan budaya navy dalam bisnes.
Tak salah terapkan disiplin yang tinggi dalam bisnes. Kita berurusan dengan manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Semaikan nilai-nilai disiplin secara berperingkat. Jaga kebajikan para pekerja. Mereka adalah nadi dalam bisnes. Jangan terlalu bertegas dan juga jangan terlalu berlembut. Sama-sama renungkan. bye.
Recent Comments