Posted by: Fathuallah in: ● March 26, 2009
Apa khabar semua?

Saya amat sibuk kebelakangan ini. Maklumla dah nak penghabisan semester pengajian kat UiTM ni. Dalam kesibukan saya luangkan masa untuk mengisi masa dengan membaca buku motivasi dan perniagaan.
See You At The Top hasil tulisan Zig Ziglar. Antara buku terbaru yang saya beli. Harga die amat berpatutan RM29.90 je kat MPH. Karangan buku ni amat berlainan dengan kebanyakan buku lain yang saya baca. Patutla dah 1.7 juta cetakan berjaya di jual seluruh dunia.
Kalau anda susah nak buat pilihan buku mana yang bagus untuk dibaca, carilah buku yang tertera padanya jumlah cetakan yang berjaya dijual. Kita akan yakin atas sesuatu produk bilamana ramai yang telah menggunakannya. Betul tak?
Ini sekadar perkongsian teknik membuat keputusan membeli buku. Tadi lecturer ada mencadangkan salah satu buku yang menarik untuk dibaca. Kalau tak silap tajuknya ‘outliers’. Nantila dah abis baca yang ni, bolehla beli yang baru lak.bye.
Posted by: Fathuallah in: ● March 20, 2009
Jika anda pernah tonton iklan adidas yang mana dua orang kanak-kanak yang mengimpikan untuk bermain bersama bintang bola sepak ternama pilihan mereka seperti Kaka, Zidane, Arjen Robben, Messi, Oliver Khan, Ballack, Michel Platini dan ramai lagi menjadi kenyataan. Impossible is nothing!
Saya pun punyai impian yang mungkin dianggap mustahil, akan tetapi tidak salah kiranya kita jadikan ianya sebagai sumber aspirasi dan inspirasi.
Tiap kali saya punyai masalah, saya akan gunakan barisan tokoh ternama ini untuk memberi idea dan pandangan mereka. Saya cuma bayangkan yang mereka semua dengan penuh minat mendengar permasalahan saya dan kemudian saya akan go through satu persatu menilai jalan penyelesaian terbaik.
Berikut saya senaraikan barisan tokoh yang menjadi pilihan saya:
1.Syed Mokhtar Al-Bukhary
2.Irfan Khairi
3.Donald Trump
4.Azizi Ali
5.Dr. Fadhilah Kamsah
6.Anthony Robbins
7.Robert Kyosaki
8.Bill Gates
9.Tony Fernandes
10.Tan Sri Lim Goh Tong(Proxy)
11.Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan
12.Tun Dr. Mahathir Mohamad
Rasanya tidak perlu lagi saya jelaskan satu-persatu tokoh pilihan saya ini kerana anda semua sedia maklum akan latar belakang mereka.
Ada yang anda tak kenal ke? hmm, banyakkan membaca. InsyaAllah anda akan mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.
Saya jadi apa dalam meeting tu?of course la Mr.Chairman.hehe.bye.
Posted by: Fathuallah in: ● March 17, 2009
Tajuk buku terbaru yang saya beli. Alhamdulillah, tersemai jua minat membaca. MPH kat SACC Mall tempat favourite saya cari buku. Murah je RM39.90, hard cover lagi. Saya rekemen kat anda untuk membeli buku ni. Banyak input yang berguna untuk mereka yang baru lagi dalam dunia bisnes.
Dalam proses kita mencapai kejayaan, ilmu memainkan peranan penting. Membaca adalah kunci utama ke arah kejayaan seseorang. Kalau anda kurang minat untuk membaca, pupuklah dari sekarang. Saya dulu memang malas nak membaca ni. Mulakan dengan membaca 5minit sehari @ 2 muka surat sehari, esoknya tambah la lagi. Lama kelamaan minat itu datang dengan sendiri. Alhamdulillah, kalau sehari saya tak baca buku motivasi atau bisnes rasa macam tak lengkap.
Cuba juga praktikan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran, jiwa akan tenang dan tenteram. Tiada jalan pintas untuk kita berjaya.
InsyaAllah, kalau kita minat membaca anak-anak kita juga akan mudah tertanam minat membaca.=)
Jom semarakkan minat membaca.bye
Recent Comments