“The Greatest Secret of All”

Archive for February de 2009

I’m back!

Posted by: Fathuallah in: ● February 27, 2009

Alhamdulillah, tamat sudah kursus asas franchais saya peringkat yang kedua.

Seminggu saya berkampung di Grand Pacific Hotel, KL. Makan,minum dan penginapan semuanya ditanggung. Best kan?=)

Pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat bernilai dapat saya timba sepanjang kursus yang saya sertai kali ini.

Semua peserta antaranya di kalangan pemilik-pemilik bisnes tegar. Director, Manager, Executive dan macam-macam lagi la.. Mereka ni dah dikira otai dalam industri masing-masing.

Kenapa mereka join jugak walaupun dah stabil dalam bisnes? Senang saja, mereka yang berjaya dalam bisnes ni suka mengambil peluang menghadiri kursus dan seminar bagi memperkasakan diri mereka dengan ilmu-ilmu baru dan menambah ‘Networking’.

Daripada 1000 permohonan online, cuma 30 orang sahaja yang berjaya sampai ke tahap ini. Kami telah dilatih dan diberikan situasi sebenar bagaimana hendak menjalankan perniagaan franchais.

InsyaAllah, pertengahan tahun ni saya akan  membuka satu cawangan franchais saya yang pertama. Nak tahu? Ikutilah perkembangan seterusnya. bye.

Lagu sumber inspirasi

Posted by: Fathuallah in: ● February 14, 2009

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Mesti anda semua pernah mendengar lirik lagu ni malah dendangannya sekali. Saya cukup bersemangat bila mendengar lagu ni.

Sumber inspirasi dan motivasi katakan.hehe..

Apa kata anda share dengan saya lagu kegemaran anda pulak. Mesti seronokkan?bye.

10 seconds service!

Posted by: Fathuallah in: ● February 12, 2009

Saya terpaku dek kepantasan service yang diberikan. Mana tidaknya, bagi saja kunci brother tu terus duplicate. Goreng pisang pun amek masa lebih dari 1 minit nak masak.

Wow! Terfikir sejenak. Mampukah saya memberikan service sepantas demikian. Tidak mustahil kan?

Bila dikaji dan diteliti, brother tu actually dah 10 tahun lebih menapak dalam industri perkuncian.hahaha..

Lagi lama kita berada dalam industri tersebut, maka lagi mahir kita menguasai kepakarannya.

Itulah bisnes, makin pantas tindakan kita, maka makin ke depan kita dalam industri. Macam hipotesis yang saya belajar masa darjah 4 dulu-dulu.hehehe..

Service pada client kene tip-top, baru mereka loyal pada produk kita.bye.=)

Senyumlah pada semua

Posted by: Fathuallah in: ● February 11, 2009

Selamat pagi semua.

Mulakan harimu dengan senyuman manis. Senyumlah pada semua.

Senyum adalah satu penyakit-berjangkit. Andai kita tersenyum pada seseorang, maka dia juga akan mengembalikan senyuman pada kita kembali.

Jauhi ‘face lift‘, kerana senyuman adalah senaman muka dan juga awet muda. Amalkan selalu, anda akan mendapat ketenangan dan kedamaian. bye.

2nd stage for franchising program

Posted by: Fathuallah in: ● February 5, 2009

Alhamdulillah, semalam saya dapat khabar yang amat menggembirakan hati. Saya dapat tawaran untuk meneruskan program franchise saya ke peringkat yang seterusnya. Tapisan kedua ni memang susah. Daripada 500 lebih yang hadir 1st stage tu, cuma 100 je yang lepas(termasuklah saya)..hihi..

Yang menjadi khabar yang menggusarkan hati lak, kursus ni seminggu dari 23-27 Februari 2009. Nasib baik tak clash dengan mid-term test. Kalau tak memang tiada harapanlah nak bukak 1st franchise tahun ni. Cuma nak kene mintak pelepasan kelas selama seminggu, itu yang menjadi persoalan sekarang ni. Makin difikir makin berkecamuk dibuatnya. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Mungkin inilah yang dinamakan dugaan yang mencabar jiwa dan raga.hehe..

Hmm…yang bestnya kursus ni kat Grand Pacific Hotel, KL. Jalan akhir nak kene mengadap Dekan Fakultiku, Prof Ibrahim Kamal. Dapatkan sokongan.ok tak?

Abis je kursus ni, kene join pulak Modul PKP.haha..busy memanjang nampaknya. Tak mengapa, dah final year dah pun. Inilah masa nak add value mana yang patut.

Sepanjang minggu ni, pressure je. Maybe dah lama tak bersenam. Sibuk dengan assignment, report, bisnes..huhu..Dapat duit JPA pun tak kuar shopping lagi..haha..Dapat pegi PD sabtu ni kira okla kot. Nak ikut?;)

Saya mohon jutaan kemaafan disebabkan lama tak posting blog ni. Laptopku diserang!hahaha..virus dimana-mana. Alhamdulillah, dah diubati. Jangan biarkan hidup anda diselubungi….VIRUS!bye…


Calendar

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Tags

Recent Comments