“The Greatest Secret of All”

Archive for January de 2009

Happy Feet

Posted by: Fathuallah in: ● January 28, 2009

Apa khabar semua?

Semoga anda semua sehat dan ceria. Kali ini saya akan ketengahkan satu lagi filem animasi yang berjaya membentuk motivasi yang membina.

Filem ini mengisahkan seekor anak penguin yang dilahirkan dalam keadaan fizikal yang berbeza dengan kawan-kawannya yang lain. Pendekkan cerita, die tak pandai menyanyi. Kelebihan yang dimiliki adalah hentakan istimewa yang tak diiktiraf oleh kelompoknya. Mereka hanya menilai kebolehan individu dari kelunakan suara.

Hal ini tidak mematahkan semangatnya untuk bergelar penguin yang istimewa. Dia berhijrah ke kelompok penguin lain. Di situ, hentakan kakinya menjadi daya tarikan sehingga memukau penguin-penguin lain.

Jangan sesekali menganggap kelemahan yang kita miliki sebagai penghalang untuk kita maju. Jadikannya sesuatu yang istimewa dan kelebihan. Semoga berjaya. bye.

Disebalik kegagalan, adanya kejayaan!

Posted by: Fathuallah in: ● January 12, 2009

Bukan senang nak senang. Jangan putus asa. Selagi kita masih lagi mampu mengunakan tulang empat kerat kurniaan-Nya, hargailah.

Anggaplah kegagalan yang kita terima sebagai suatu mutiara. Kerana bukan semua insan dapat merasainya.

Jadilah intan bukannya kaca. Kerana kaca hanya mampu bercahaya dari luar walhal intan mampu bercahaya dari luar dan dalam serta sukar dipecahkan.

Nak ke tak nak ni?

Posted by: Fathuallah in: ● January 4, 2009

Saya nak!

Saya nak jadi businessman yang berjaya. Kalau anda nak jugak, katakan saya nak jadi businessman. Ala, tak nak la dalam hati je. Cuba bersuara. Camnila. Bagus. Anda secara tidak langsung telah meletakkan matlamat yang jelas untuk menjadi businessman yang berjaya. Tak percaya?

Agak-agakkan, orang kawin kalau tak ada Ijab dan Qabul sah tak kawin? tau tak pe.hehe.

Pentingnya ucapan dibibir telah mengejutkan minda separa sedar anda untuk bertindak menjadi businessman yang berjaya. Ulang dan teruskan mengulang ucapan tersebut setiap hari. Impian anda akan menjadi kenyataan. Pesanan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak mengira bidang apa yang anda minati. Saya bagi contoh sahaja. Terpulang pada anda untuk aplikasikan pada cita-cita anda sendiri. Saya dah cube, anda bagaimana? bye.

Last Holiday

Posted by: Fathuallah in: ● January 3, 2009


Dah tengok ke cerita Last Holiday ni? Kalau belum lagi, apa kata anda cuba cari DVD die.

Kisahnya amat menarik dan penuh motivasi. Saya baru saja habis tengok kt Cinemax. Ia menceritakan seorang wanita yang dikatakan mempunyai tempoh hayat selama 3 minggu sahaja.

Akan tetapi dia cuba hadapi hari-hari terakhirnya dengan penuh emosi dan motivasi. Banyak perkara mustahil dapat dilakukannya.

Book of possiblity nya bertukar kepada book of reality. Satu pengajaran berharga yang dapat diambil adalah, bukan permulaan yang menjadi persoalan namun bagaimana pengakhiran yang menjadi penentu.

Teruskan hidup ini dengan penuh motivasi. Tidak kira apa sahaja yang kita lakukan, lakukanlah dengan penuh keyakinan dan sepenuh hati. Halangan yang paling besar dalam hidup ini adalah Diri Sendiri! Saya dah atasi sifat malas saya baca buku. Kini buku-buku motivasi dan perniagaan mendapat tempat di hati saya. Anda bagaimana? bye

Calandar vs Planner

Posted by: Fathuallah in: ● January 2, 2009

               

Kalau anda nak tahu, perkara pertama sekali yang bermain dalam kotak fikiran saya setiap hari sebelum tidur adalah Planner. Tengok je planner tu, saya terus buat Things To Be Done kat kertas tampal berwarna kuning.

Planner saya kecik je. Guna Calander. Apa yang saya tulis cuma yang penting-penting sahaja. Birthday, event, reminder dan sebagainya. Tepat je pukul 12:00 malam, saya terus cross kotak planner. Itu bermakna tamat sudah hari tersebut.

Best tau buat macam ni. At least hari-hari yang tidak terisi adalah hari cuti saya. Akan tetapi bisnes tetap jalan. Apa, nak tengok planner saya? Ish, tak boleh, ada hari-hari penting; )

Saya dah ada planner dan calander. Anda bagaimana? bye.


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Tags

Recent Comments