Posted by: Fathuallah in: ● December 28, 2008
Pernah tak anda menunggu seseorang? Mestilah pernah kan. Hari ini saya nak bercakap mengenai masa. Bidang bisnes ini bukanlah satu bidang calang-calang tau. Kalau bidang bisnes ini senang, so dah ramailah yang menceburinya. Bidang ini hanya diceburi oleh insan-insan yang sukakan cabaran dan dugaan. Walaupun 9/10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan, namun hanya 1/10 yang mampu menghadapinya.
Masa yang nak saya tekankan di sini adalah temu janji anda dengan pelanggan anda. Bila kita membuat temu janji, pastikan kita mampu memenuhinya. Selain itu juga, pastikan yang kita datang paling kurang pun 10 minit awal. Kalau kita berjanji dengan pelanggan untuk membuat penghantaran, pastikan juga barangan yang dihantar mengikut jangka waktu yang dijanjikan. Jangan lewat tau.
Posted by: Fathuallah in: ● December 25, 2008
Untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda, anda dinasihatkan supaya mempelbagaikan sumber pendapatan anda. Apa yang nak saya jelaskan di sini adalah produk yang anda pasarkan terdiri daripada lebih daripada satu.
Andai kata anda hanya bergantung hanya pada satu produk, sekiranya prouk itu sudah tidak lagi mendapat tempat dalam pasaran. Anda kemungkinan besar akan mengalami kerugian. Akan tetapi, kalau produk anda banyak. Anda akan sentiasa dapat menjana keuntungan daripada produk-produk lain.
Saya bercakap atas dasar pengalaman. Apa, nak tahu berapa banyak produk yang saya pasarkan? Jom lihat senarainya di sini.
>Topi(nike & adidas)
>Baju(nike, adidas, burberry, abercrombie, timberland)
>Seluar(nike, adidas, Levi’s 501)
>Kasut(nike, adidas, timberland)
>Bag(deuter & samsoonite)
>Kapal hiasan
>Celcom broadband(vodafone & huawei)
>Keropok
>Ikan hiasan(kelisa & kelah)
>Ubat-ubatan
>Kertas A4(indah kiat)
Macam mana, ok tak back up plan yang saya buat? InsyaAllah, Mofat Enterprise akan luaskan lagi skop pemasaran semua produk-produk tadi. Saya dah, anda bagaimana? bye.
Posted by: Fathuallah in: ● December 24, 2008
Salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harapan saya anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Agak lama saya tidak posting blog ini. Sibuk dengan urusan bisnes dan keluarga. Syukur hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi pengalaman berharga saya ini.
Sedar tak sedar, kita sekarang berada dalam bulan Megasale Malaysia. Saya pun boleh tergugat dengan harga-harga diskaun ni. Maklumla, inilah peluang untuk mendapatkan barangan yang diidamkan selama ini.
Idea yang hendak saya bawakan ini adalah minda businessman. Ramai di kalangan kita yang hanya fikirkan untuk beli, beli, beli. Buat anjakan paradigma kepada JUAL, JUAL, JUAL.
Lihat sahaja di Midvalley, Sunway Pyramid, Jusco, Ikea dll. Semuanya sudah menaikkan iklan SALE sana sini. Saya pun tidak kurang hebatnya buat SALE. Hari-hari ada sahaja orang order barang. Harga runtuh saya bagi.hehe.
Selagi termampu, saya akan kembangkan bisnes Mofat Enterprise hingga ke pasaran antarabangsa. InsyaAllah.
Hari ini dapat lagi satu lubuk baru pasaran produk saya. Ikan hiasan seperti kelisa dan kelah. Harga memang menarik. Alhamdulillah, setiap hari bisnes berkembang maju dan pesat. Macam industri bangunan la pulak.
Saya dah ke tahap empat bahagian Marketing, anda bagaimana? bye.
Posted by: Fathuallah in: ● December 18, 2008
Salam ceria buat semua.
Hari ini saya akan membincangkan perihal Kewangan. Posting sebelum ini banyak menyentuh perihal Motivasi dan Perniagaan. Jadi, hari ini saya akan membuka minda saya dan anda semua tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik.
Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya perlu ada sistem Perancangan Kewangan atau sistem Pengurusan Kewangan peribadi agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.
Sempena dengan kehadiran tahun 2009 tidak lama lagi, apa kata kita mulakan azam tahun baru ini ke arah yang lebih baik dengan merokodkan segala perjalanan kewangan kita.
Konsepnya cukup senang, saya syorkan anda dapatkan perisian percuma di sini, Bijak Budget
Mulalah merekod segala perbelanjaan serta sumber pendapatan yang anda perolehi. Dalam perniagaan, rekod adalah perkara paling asas dan terpenting untuk menilai sejauhmana prestasi syarikat.
Perkara ini boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Setiap urusan perniagaan, saya akan minta resit sebagai bukti pembelian. Apa kata, mulai dari hari ini anda cuba menyimpan segala resit pembelian anda untuk dijadikan sumber rujukan kewangan anda.
Buatlah perancangan kewangan yang rapi, rekodlah segala perbelanjaan. Tidak mustahil suatu hari nanti kedudukan kewangan anda akan lebih stabil dan bebas daripada bebanan kredit yang tinggi.
Selamat mencuba. bye.
Posted by: Fathuallah in: ● December 16, 2008
Alhamdulillah, selamat sudah kursus franchise peringkat pertama saya.
Kursus yang amat bermanfaat untuk diri saya sebagai persediaan untuk jadi franchisee ________. Ops, mana boleh bagitahu lagi. Nantila dah settle semua, saya bagitahu anda semua.
Hari ini saya nak kongsikan pelajaran yang saya dapat dari kursus franchise.
Franchise adalah kontrak atau perjanjian samada secara nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih darinya.
Antara franchise yang popular kt Malaysia adalah
1.Mc Donald
2.KFC
3.Pizza Hut
4.Domino
5.1901
dan banyak lagi.
Kalau anda berminat dengan perniagaan franchise ini, bolehlah mendaftarkan di website
selamat mencuba, saya dah satu langkah membina empayar franchise. Anda bagaimana? bye.
Posted by: Fathuallah in: ● December 15, 2008
Salam sejahtera buat semua.
Hari ini saya agak kepenatan kerana baru sahaja sampai di Shah Alam petang semalam. 8 jam perjalanan dari Kota Bharu. Jauh perjalanan luas pemandangan. Makin jauh berjalan, makin banyak yang kita akan pelajari. Orang lain masih lagi bercuti waktu-waktu begini. Saya datang ke Shah Alam sebenarnya atas tujuan bisnes dan kursus. Esok saya akan sertai kursus franchise bawah kelolaan PNS, detail di bawah ini:
>tempat : Hotel Putra, Kuala Lumpur
>masa : 8.00am-1.00pm
>tajuk : Seminar Kesedaran Perniagaan
Franchise di kalangan siswazah ke-24
Apa, nak tahu perkembangan Project ABC? Maaf sangat-sangat, terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah, saya akan usahakan agar Project ABC ini tercapai matlamatnya.
Kita tinggalkan dahulu Project ABC, hari ini saya nak bincangkan perkara di bawah subtopik Motivasi Diri yang bertajuk owang putih,
A Story of Love, Success and Wealth…
A woman came out of her house and saw 3 old men with long white
beards sitting in her front yard. She did not recognize them.
She said “I don’t think I know you, but you must be hungry.
Please come in and have something to eat.”
“Is the man of the house home?”, they asked.
“No”, she replied. “He’s out.”
“Then we cannot come in”, they replied.
In the evening when her husband came home,
she told him what had happened.
“Go tell them I am home and invite them in!”
The woman went out and invited the men in.
“We do not go into a House together,” they replied.
“Why is that?” she asked.
One of the old men explained: “His name is Wealth,” he said pointing
to one of his friends, and said pointing to another one, “He is Success,
and I am Love.” Then he added, “Now go in and discuss with your
husband which one of us you want in your home.”
The woman went in and told her husband what was said. Her husband
was overjoyed. “How nice!!”, he said. “Since that is the case, let us
invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!”
His wife disagreed. “My dear, why don’t we invite Success?”
Their daughter-in-law was listening from the other corner of the house.
She jumped in with her own suggestion: “Would it not be better to
invite Love? Our home will then be filled with love!”
“Let us heed our daughter-in-law’s advice,”
said the husband to his wife.
“Go out and invite Love to be our guest.”
The woman went out and asked the 3 old men,
“Which one of you is Love? Please come in and be our guest.”
Love got up and started walking toward the house. The other 2 also
got up and followed him. Surprised, the lady asked Wealth and Success:
“I only invited Love, Why are you coming in?”
The old men replied together: “If you had invited Wealth or Success,
the other two of us would’ve stayed out, but since you invited Love,
wherever He goes, we go with him.
Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!”
Think about it. bye=)
Posted by: Fathuallah in: ● December 12, 2008
Syukur alhamdulillah.
Project ABC sudah 75% dalam pembikinan. Tak lama lagi saya akan lancarkannya secara rasmi.
Saya memohon maaf kerana terpaksa berehat buat sementara waktu untuk posting sehari dua ini. Banyak masa saya tumpukan untuk Project ABC ini. Sampai ada yang dah merajuk tak bagi saya posting dah. It’s ok. As long as I can share my idea, knowledge and experiance. I’ll never quit. Cakap owang putih gitu.hehe.
Saya subtopikkan tajuk hari ini sebagai - ‘Jangan jadi macam ni’
Jadi apa ek?
Ha, let say hari ini anda diberi duit RM 1, 000, 000. Apakah perkara pertama yang anda beli?
>kereta besar kah?
>rumah besar kah?
>holiday besar kah?(ada ke ni?)=p
>bini besar kah?(opss..)
>_________(anda cuba fikirkan)
Rich Dad ada menyebut kesilapan utama apabila seseorang yang sudah bergelar jutawan adalah apabila dia hanya fikirkan untuk berbelanja sahaja dan tidak mensasarkan untuk melabur dengan kewangan yang ada.
Contoh paling mudah disarankan oleh Rich Dad adalah,
Anda beli satu apartment berhampiran dengan university la katakan. Lepas tu, bagi sewa pada student. Andai kata anda membuat pinjaman untuk membeli rumah.
>monthly payment(loan) =RM700
>service =RM200
>rental income(sewa) =RM1200
>profit =RM300
Untung dah RM300. Siapa yang bayarkan? orang lain yang bayarkan untuk anda(student-student yang menyewa).
Akhirnya, anda dapat rumah secara rasmi selepas full settlement loan. Menarikkan?
Belilah aset yang dapat menjana kewangan anda seperti contoh tadi. Kalau anda beli rumah dan anda sendiri yang tinggal, itu belum dinamakan aset lagi. Nak tahu kenapa?
Monthly payment anda yang bayar, interest lagi, maintanence lagi, bil-bil lagi. Tiada keuntungan yang dapat diraih. Ini konsep aset yang diterapkan oleh Rich Dad. Sebab tu lah dia dapat title Rich Dad.hehe.
Melaburlah dalam hartanah. Harga tanah amat bernilai tinggi. Carilah lokasi yang baik dan strategik(elak beli tanah tinggi, RISIKO)
InsyaAllah, Mofat Enterprise tengah menguruskan satu bidang tanah untuk dijual kepada pihak hotel bagi pembinaannya di Kelantan. Dah masuk Real Estate dah kami ni. Anda bagaimana? bye.
Posted by: Fathuallah in: ● December 9, 2008
Alhamdulillah, Project ABC memasuki peringkat kedua.
Segalanya berjalan lancar. Banyak lagi yang nak diedit.
Saya rasakan masanya pun belum sesuai untuk dilancarkan lagi. Belum siap lagipun kan. Apa? nak tahu apa Project ABC ni? kenela banyakkan bersabar. Sempena dengan sambutan Aidiladha ini, kita dilatih bukan sahaja untuk berkorban bahkan kita dituntut bersabar. Ikutilah perkembangan semasa blog Fathuallah ini, ada akan dapat ungkaikan satu persatu nanti.
Saya sebenarnya tercari-cari lagi apakah peluang bisnes yang boleh saya lakukan. Ha, ni tak berkait pun dengan Project ABC tau.
Apa kata, saya minta jasa baik anda semua untuk berkongsi dengan saya apakah lagi perniagaan yang boleh dijalankan. Kalau sesiapa yang nak tinggalkan idea mereka di ruangan Comment make sure sampai ada 20 idea baru bisnes baru boleh comment. Kerah segala kebolehan anda.
Saya perlukan 5 penyertaan, barulah saya sambung posting saya untuk hari seterusnya.
p/s:serlahkan kepakaran anda=)
Posted by: Fathuallah in: ● December 8, 2008
Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, muncul satu idea yang istimewa. Idea ini saya namakan terlebih dahulu Project ABC. Nampak simple je kan? Tapi anda pasti tertanya-tanya apa la pulak yang Fathuallah nak buat ni.
Belum cukup-cukup lagi usaha nak jadi Jutawan Islam yang berjaya. Pengedar keropok sudah, jadi Dealer Celcom pun sudah. Kini timbul pulak idea Project ABC.
Sebenarnya apa yang nak saya jelaskan di sini adalah erti pengorbanan sebenar dalam menjadi Businessman yang sejati. Bila anda dah pangkah untuk slot Businessman seperti posting yang lepas, ini bermakna anda dah selangkah ke alam Jutawan. Anda dah buat keputusan yang nekad. Jangan pandang ke belakang lagi. Kalau ada yang menyindir, ingat balik James Bond kene Bom pun tak jugak mati-mati.
Project ini agak mengambil masa sedikit. Tapi saya akan update dari semasa ke semasa. Jangan risau, bila dah sampai masa nanti saya akan lancarkannya. Ops! dah terbagi hint la pulak. Tak pe, belum 100%. Baru 2%, selebihnya saya akan uraikan sedikit masa lagi.
So far, saya dah masuk fasa ketiga dalam bidang bisnes ni. Sentiasa membuat penambahbaikan dalam strategi pemasaran. Tak kira masa, tengah bercuti pun masa bekerja untuk Mofat Enterprise. Anda bagaimana? bye.
Posted by: Fathuallah in: ● December 7, 2008
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha saya ucapkan buat semua.
Dalam kita bergembira dengan kehadiran hari yang benuh bermakna ini, marilah sama-sama kita merenung sejenak apakah pergorbanan terbesar yang kita lakukan hingga ke hari ini. Kalau kita nak jadi Businessman, kita kena lipat gandakan lagi usaha kita agar segala perancangan yang kita buat sentiasa membuahkan hasil yang terbaik.
Hari ini saya nak berkongsi Quote ataupun Motto hidup saya. Nak tahu. Boleh, saya punya Quote senang aje tapi dalam maknanya.
“If you think you can, you can do it”
Amacam, best tak?
Apa kata anda share Quote anda pulak. Jom pakat tinggalkan Quote masing-masing di ruangan comment. Sambil-sambil tu, kita dapat memberi motivasi dan ilmu kepada orang lain secara tak langsung. Jangan lupa letakkan nama sekali, nanti saya dapat kenalan baru.hehe. bye.
Recent Comments