“The Greatest Secret of All”

Archive for November de 2008

Kalkulator oh kalkulator

Posted by: Fathuallah in: ● November 30, 2008

Bila agaknya kali terakhir anda guna kalkulator? Saya tiap-tiap hari guna, kira untung katakan. Kalau jumpa client, saya tak perlu cakap banyak dah bab-bab pricing ni. Saya just tekan-tekan je. Idea ni saya dapat masa kat Beijing tahun lepas. Teknik businessman guna kat sana kan, “Give me your price!”.

Bukan businessman yang letakkan harga, tapi customer yang mulakan harga. Let say, kalau kita nak bargain kat China, pastikan kita tawar sampai 90%. First buat-buat tanya, once kita nak pergi dari kedai tu mereka cakap,“Ok, your price!”. Mereka bagi price yang kita tekan kat kalkulator. So, syarat nak jadi businessman mesti kene ada kalkulator.

Pernah satu hari masa saya buat audit(practical), saya tengok seorang Director duduk bersila depan kedai sambil tekan-tekan kalkulator. Kira untung la tu. Saya dah ada kalkulator 1. Kalkulator phone tak best, nombor pun kecik-kecik. Anda dah ada? bye.

Katakan Ya!

Posted by: Fathuallah in: ● November 28, 2008

Katakan Ya untuk pelanggan anda. Pinjam teknik promosi Yakult. Pelanggan anda adalah lubuk rezeki anda. Apa sahaja yang mereka mahukan, Just Say Yes!. Saya dah jumpa berpuluh malah beratus pelanggan. Macam-macam ragam dan karenah. Nak jadi Businessman, kita kena kuat. Lagi kuat daripada pasukan ragbi. Anda kenalkan dengan Tony Fernandes? Tauke Air Asia tu.


Ungkapan Yes adalah kunci kepada kejayaannya kini. Ikut kehedak pelanggan seperti yang saya nyatakan pada posting yang lepas, cari Demand lepas tu baru promosi produk kita. Penuhi citarasa pelanggan anda. Selamat mencuba. bye.

Dapatkan buku terbaik di sini

Posted by: Fathuallah in: ● November 28, 2008

Buku ini dah lama saya aim. Dari tahun lepas lagi. Syukur, saya dapat baca dari umur sekarang. Muda lagi la.hehe. Kepada sesiapa yang nak dapatkan buku ni, cepat-cepatla beli. Melaburlah untuk ilmu, nescaya kita tak akan rugi. Makin banyak ilmu, makin berkembang sayap bisnes kita. Ops, panjang pulak saya berceloteh, nama buku belum cite lagi ni. Okla, buku terbaik saya tahun ini adalah Rich Dad Poor Dad.


Saya paling teruja kerana Rich Dad berpegang pada 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Ya! ini jelas dinyatakan dalam agama Islam. Apa lagi yang ditunggu, dapatkan segera. Lambat-lambat nanti MPH tutup. Saya dah ada satu. Kita kena berkorban untuk dapatkan ILMU. Imam Syafie sanggup tinggalkan ibunya demi mencari ilmu. Anda bagaimana? bye.

Acu, Try, Cuba, Test, Buat

Posted by: Fathuallah in: ● November 27, 2008

Ayat ini cukup sinonim dengan diri saya. Kalau tak try takkan nampak hasil. Dari dulu saya aim untuk bukak company sendiri. Saya tak suka kerja office hour. Bagi saya kerja sendiri banyak advantage. Bila saya jumpa client, mereka macam tak percaya yang saya sendiri owner Mofat Enterprise. Muda kata mereka, bukan saya kata tau. Saya senyum jela. Saya buat apa yang saya minat dan suka. Acu, try, cuba, test, buat. Saya dah, anda bagaimana? bye.

‘Bargain’, skill paling berharga

Posted by: Fathuallah in: ● November 26, 2008

Pernah tak anda dapat less time tak de sale? Saya pernah. Masa tu saya nak beli buku kat MPH. Saya cari buku The Millionaire Next Door.

Saya tanye salesgirl kat situ suruh dia carikan. Sambil-sambil dia cari saya pun tengok-tengok kot-kot saya jumpa dulu. Last-last saya yang jumpa. Then saya terus jumpa dia dan cakap yang saya dah jumpa buku tu. Dia pun cakap buku tu memang last stock dah. So I grab the opportunity. Saya kata, “Owh, last stock”. Kene pulak time tu supervisor ada. Saya tanya supervisor tu, “tak de less ke? buku pun ada kuning-kuning sikit ni”. Tanpa diduga dia terus bagi 10% less. Wah! seronok la saya. Dari harga RM55.90 saya dapat RM50.30. Good bargain. Next time boleh try lagi skill ni kat mana-mana. Cubalah, saya dah. bye.

Jadikan idea anda tersemat di buku 555

Posted by: Fathuallah in: ● November 24, 2008

Anda sudah ada notebook?


I mean buku nota kecil, bukan laptop. Saya sarankan agar setiap individu yang nak jadi insan cemerlang syarat utama dia kene ada notebook.Bawa saja ke mana anda pergi. Pen pulak jangan lupa dibawa, takkan nak tulis dengan air liur kot. Ada je idea, terus tulis. Kalau nak beli notebook ni, jangan pilih yang cantik-cantik, nanti sayang nak tulis@conteng. Beli yang murah-murah je. Kat Giant ngan Tesco berlambak je. Baru syok nak tulis. Saya punye notebook pakai yang Visit Malaysia je, tu pun dapat free. Tulis je idea anda, saranan ni saya dapat dari Mentor Jutawan sendiri. Saya dah buat, anda bagaimana? bye.

CELCOM It’s In Your Hands

Posted by: Fathuallah in: ● November 24, 2008

Alhamdulillah, saat-saat yang sentiasa saya nantikan. Akhirnya dengan rasminya Mofat Enterprise telah diiktiraf oleh Celcom Malaysia sebagai Authorized Dealer bahagian Shah Alam pada 24.11.08 jam 3.00pm waktu Malaysia. Saya sebagai Pengarah Urusan Mofat Enterprise mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong penuh usaha kami sebagai ajen rasmi Celcom. Ini adalah produk terkini daripada Mofat Enterprise. Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk menggunakan Celcom Broadband atau ingin bertukar ke Celcom, bolehlah menghubungi kami di talian 013-6033938.

Penat jerih orang tak tahu

Posted by: Fathuallah in: ● November 23, 2008

Selamat pagi semua,

Tanggal 22.11.08 saya mengorak langkah sebagai pengedar keropok keping dari Besut, Terengganu. Yang hairannya, saya orang Kelantan tapi promote produk ‘ganu kite’. Tak apalah, yang penting ada Demand. Apa-apa bisnes yang anda nak mulakan pastikan ada Permintaan, orang putih cakap ada Demand. 5 kedai sahaja yang terima produk saya dari 8 kedai yang saya masuk. Alhamdulillah, at least >50% accept my product. Bukan senang nak senang, tapi bila dah senang kita akan ingat balik saat-saat kita susah dahulu. Mulakan secara kecil-kecilan, InsyaAllah berkembang. Yang penting mulakan. Ini baru 1 product saya cerita, baru 1 part. Semua sekali ada 5 part. Nak tahu lagi? esok saya sambung lagi. Client dah call ni nak jumpa. Saya gerak dulu. bye.

Lawati laman web rasmi Mofat Enterprise, klik di sini

Hari ini membezakan siapa diri anda semalam

Posted by: Fathuallah in: ● November 22, 2008

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah, sejak seminggu dua ni saya agak sibuk dengan urusan perniagaan, maklumla usahawan muda katakan. Saya amat bersyukur kerana keputusan saya untuk memulakan perniagaan Mofat Enterprise telah pun terlaksana.

Ini lah yang membezakan Fathuallah semalam dengan hari ini. Macam mane dengan anda? masih terpingga-pingga nak mulakan bisne ape. Jangan risau. Saya akan cuba untuk berkongsi segala pengalaman yang saya ada samada melalui pembacaan mahupun situasi sebenar.

Apa yang perlu anda buat hanyalah ikuti perkembangan semasa blog saya ini, http://fathuallah.blog.com 1 Tip 1 Minit Setiap Hari ala-ala Irfan Khairi idola saya tue. Kalau anda berminat nak joint venture bisnes saya pun boleh. Banyak produk yang saya pasarkan di pasaran. Nak tahu apa yang saya jual? Ikuti segmen Perniagaan esok. bye.


Calendar

November 2008
M T W T F S S
    Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Tags

Recent Comments