“The Greatest Secret of All”

Welcome 2010

Posted by Fathuallah in December 31, 2009

NewYears Colour Lights 2010Selamat pagi semua. So far macam mane dengan perancangan untuk tahun 2009 yang lepas dah tercapai ke? Harapan Fath agar segalanya berjalan dengan lancar dan baik.

So malam ini kita akan menerima kehadiran tahun baru iaitu Tahun 2010. Anda inginkan ataupun tidak, tahun 2010 tetap jua akan menjelma. Mesti ramai yang sudah memasang cita-cita dan impian untuk tahun 2010 dan ramai juga yang belum lagi membuat sebarang target untuk tahun 2010.

Apa yang anda tunggu lagi, sediakan pen dan kertas. Mulakan menulis impian dan target anda untuk tahun 2010 ini. Impian dan cita-cita yang hanya berlegar-legar di ruangan minda tidak akan memberikan kesan yang mendalam jika dibandingkan dengan yang tertulis di atas kertas. Tulislah apa saje yang anda inginkan untuk tahun 2010 yang penuh bermakna ini.

“Apa yang kita capai tahun depan atau 5 tahun akan datang atau 10 tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini” Dr. Irfan Khairi, Jutawan Internet.

Tengok, Mentor saya da berkata-kata dah.hehe:-). Jangan buang masa lagi. Hari ini adalah hari yang terbaik untuk anda menulis segala-galanya. Moga dengan berkat hari Khamis ini, impian dan cita-cita anda akan lebih diberkati.

Salam Luar Biasa Hebat dari saya, Fath. Semoga berjaya!

How to Become a Good Speaker | Part 1

Posted by Fathuallah in December 25, 2009

Ramai jugak yang sudah bertanyakan mengenai tip-tip yang ingin saya kongsikan mengenai Public Speaking. So, hari ini Fath akan bongkarkan tip-tip yang berguna bagi mereka yang ingin memulakan langkah sebagai seorang speaker ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ni.

mirrorUntuk peringkat permulaan, Fath ingin mengajak anda semua berlatih 3 kali setiap hari bercakap di hadapan Cermin. Ya! Berlatih bercakap di hadapan cermin sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari. Tempat yang paling sesuai anda berlatih adalah di dalam bilik air(mesti ada cermin tau:-)).  Sebelum anda mandi, mulakan bercakap 1 kali. Tak tahu nak cakap apa? Mulakan dengan bercerita mengenai diri sendiri. Kemudian semasa mandi 1 kali. Dan sudahi selepas mandi 1 kali.

Untuk peringkat permulaan sebegini, bina keyakinan dalam diri anda terlebih dahulu. Daripada keyakinanlah anda akan mampu mengorak langkah dengan lebih jauh dan berani.

Selamat mencuba!:-)

Public Speaking

Posted by Fathuallah in December 23, 2009

lecture

Hari ini saya ingin kongsikan satu skil yang paling penting jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya dan terkenal. Wah, terkenal tue.

Ok, back to our business. Menurut kajian di US, perkara yang paling ditakuti ramai sebenarnya bukan Vampire ataupun hantu. So apa yang paling mereka takuti adalah Public Speaking. Tak percaya?

Public Speaking adalah salah satu perkara yang tidak semua daripada kita mampu menguasainya dengan baik. Tapi, sekiranya kita mampu bercakap dengan baik di hadapan khalayak ramai maka tempoh untuk kita mencapai kejayaan menjadi semakin pantas!

Bagi seseorang jurujual, sekiranya beliau mampu memberikan persembahan yang baik dan meyakinkan, dengan secara pantasnya barangan ataupun servis yang diberikan akan laku. Lihat sahaja golongan Billionaire di dunia ini, mereka semua terdiri daripada golongan yang mampu memberikan pengucapan yang baik dan penuh meyakinkan. Andai Bill Gates tidak mampu bercakap dengan baik, pasti Microsoft tidak akan begitu sepopular sekarang. Andai Donald Trump takut untuk berucap, pasti beliau tidak akan terkenal dengan ayat popularnya ‘You Are Fired!’.

So, mesti anda ingin tahu apa tip-tip yang boleh digilap untuk menjadi seorang speaker yang Power. Nantikan kemunculan post yang akan datang. Sabar ya.:-)

How to close a sale | Part 4

Posted by Fathuallah in December 22, 2009

sales-questionsSambungan kepada tiga episod How to Close a Sale yang lepas. Kini sudah memasuki episod ke-4. Bagi mereka yang masih lagi baru dengan blog saya, anda bolehla ikuti episod-episod yang lepas pada previous post.

Kali ini saya ingin berikan tip yang amat berguna kepada mereka yang terlibat dalam bidang services. Bidang yang paling mencabar dan penuh liku-liku sebelum berjaya membuat sebarang sales.

Follow up! Andai seseorang prospek itu bertanya mengenai produk ataupun servis yang anda berikan, mereka sebenarnya berada dalam 50% keadaan bersedia untuk menggunakan produk ataupun servis anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berikan penerangan yang di luar jangkaan prospek. Berikan persembahan yang menarik dan tambahkan nilai kepada barangan ataupun servis anda. Dengan ini, anda secara tidak langsung menambahkan lagi keyakinan prospek kepada 65%.

Cuma tinggal lagi 35% yang perlu anda lakukan. Follow up! Hubungi prospek dalam masa 24 jam selepas persembahan yang anda lakukan. Ini kerana, minda mereka masih lagi fresh mengenai produk ataupun servis yang anda terangkan. Dengan menghubungi mereka, anda secara langsung telah menjalinkan perhubungan yang baik dengan prospek.

Selamat mencuba!

1 minit bersama Millionaire

Posted by Fathuallah in December 21, 2009

Apa khabar anda semua?

Alhamdulillah,  setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun 2009 kini tahun 2010 menjelma dengan penuh sinar harapan. Impian saya untuk tahun 2009 telah termakbul dengan tertubuhnya company sendiri, Mofat Enterprise berserta office. Tahun 2010 adalah tahun yang terbaik untuk company kedua saya, TMG Sdn. Bhd. Nantikan kemunculannya.=)

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman terbaik saya sepanjang berkenalan dengan 3 Millionaires Malaysia;

  • Dr. Irfan Khairi, Jutawan Internet
  • Dr. Azman Ching, Mentor Jutawan
  • Abang Abu, Mentor Jutawan

Semua daripada kita ingin menjadi seorang Jutawan, paling tidak pun ingin bebas kewangan. Nak tahu tak apa persamaan antara ketiga-tiga Jutawan kita ni? Mereka hanya lakukan apa yang mereka minat dengan penuh perhatian dan kesungguhan! Setiap kali saya bersama mereka, tidak pernah sekalipun mereka berfikiran negatif. Apa sahaja yang keluar daripada mereka adalah perkara-perkara yang 100% positif.

Jadi betullah perumpamaan yang mengatakan anda adalah dengan siapa anda berkawan. Andai kita bergaul dengan kaki bola, maka kita pun turut sama meminati sukan tersebut. Andai kita bergaul dengan Jutawan, maka kita pun akan…anda mesti faham apa yang dimaksukan?=)

1 minit bersama Jutawan ibarat 10-20 tahun bersama dengan orang-orang biasa. Mereka sentiasa memberi pendapat dan idea yang bernas penuh motivasi! Setiap kali ada peluang untuk bersama Dr.Irfan,Dr.Azman ataupun Abang Abu, saya tidak akan melepaskan peluang bersama-sama mereka. Berminat dengan aktiviti seperti yang saya lakukan? Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan mereka malahan tiga lagi jutawan-jutawan yang lain.

konvensyien

jutawan

Bersama 5 Jutawan Malaysia dengan berlatar belakangkan berlainan bidang. Dr. Irfan Khairi, Jutawan Internet, Billi Lim, Jutawan Berani Gagal, Dr. Azman Ching, Mentor Jutawan, Chef Li, Jutawan Senyap dan Abang Abu, Mentor Jutawan. Info lengkapnya disini.

Salam Luar Biasa Hebat dari saya, Fath.=)

Coming soon…

Posted by Fathuallah in August 16, 2009

Salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, setelah mengharungi liku-liku susah senang dalam bisnes akhirnya tercapai hasrat untuk menjalankan operasi di pejabat sendiri.

Semuanya masih dalam perbincangan. Moga-moga dipermudahkan segala urusan.


Gambar di atas adalah hiasan semata-mata

Berkati segala usaha yang telah dilaksanakan.Just Do It!

VODAFONE on sale

Posted by Fathuallah in July 26, 2009

Bersempena dengan Mega Sale Malaysia, kami juga turut sama menyahut festival jualan mega tahunan Malaysia kali ini.

Celcom Broadband mendapat pengiktirafan No.1 sebagai penggunaan yang paling tinggi dan terpantas di Malaysia merangkumi seluruh pelusok tanah air.

Apa yang anda tunggu lagi. Peluang terbaik anda untuk mendapatkannya pada harga yang anda sendiri tentukan pada faktor XX!!

Jika tekaan anda mengenai nilai XX yang kami tetapkan anda layak untuk mendapatkan broadband pada harga tersebut.

Ia mungkin 110,121,161 atau 199 dan seterusnya. Faktor XX akan dipaparkan pada setiap hari Selasa setiap minggu. Jangan lepaskan peluang terbaik ini. Just Do It!

How to close a sale | Part 3

Posted by Fathuallah in July 24, 2009

Back to our bisnes.

Perkataan yang paling mudah disebut dan amat payah nak diaplikasikan. Do.

Just Do It! Senang kan. Ia akan menjadi lebih senang bila kita selalu amalkan. Pengajaran yang paling berharga bila kita berhadapan dengan customer adalah mengikut kehendak mereka. Buat je. Anda akan disenangi mereka dan kebarangkalian mereka untuk repeat purchase adalah amat tinggi sekali.

Ingat, tidak semua yang kita mampu lakukan mengikut kehendak mereka. Buat mana yang terdaya, bila berdepan dengan kehedak luar jangkaan. Gunakan kebijaksanaan untuk menanganinya.

Apa yang penting, utamakan quality. Bila barangan yang kita niagakan mempunyai quality yang tinggi, maka cutomer akan ingat kita selalu. Dengan sendirinya mereka rekeman kita pada teman-teman mereka. Just Do It!

An evening with Hakim’s owner

Posted by Fathuallah in July 21, 2009

Selamat pagi semua.

Alhamdulillah, saya baru saje selesai daripada Mofat Tour @ Restauran Hakim Baru pada 18 & 19 Julai 2009. Sales pun baik punye.hehe.

InsyaAllah saya akan sambung lagi siri how to close a sale pada posting yang akan datang.

So, saya nak kongsikan sedikit rahsia yang dapat saya cungkil daripada owner besar Restauran Hakim ni selama dua hari saya di sana. Dak-dak UiTM yang tak kenal Hakim memang la ulat buku.haha.


Sumbang ikhlas daripada Mofat Enterprise

Sejarah Hakim bermula pada tahun 1994 dan secara rasminya bertapak di Shah Alam pada tahun 1999. Bermula hanya dengan satu cawangan dan kini telah lebih daripada 4 cawangan. Akan tetapi Hakim yang rasminya ada dua sahaja di sek.7 lama dan baru.

Dengan staff seramai 90 orang purata gaji RM1000 seorang. Permit untuk seorang lak RM2200.hmm.. Banyak tu overhead nak cover monthly kan?Sewa untuk Hakim baru sebanyak RM22,500 sebulan! Manakala Hakim lama sudah menjadi hak milik kekal.

Hakim amat terkenal dengan ayam HFC dan teh tarik yang kaw. Saya bertanya owner, apa rahsia ayam Hakim diminati ramai. Jawabnya adalah, ayamnya fresh. Sebaik sahaja disembelih, terus dihantar ke restauran.nyum2..

Saya amat kagum dengan kebolehan mereka mengelola system yang menjadikan mereka terkenal di kalangan student UiTM. Nasihat yang paling bermakna beliau kepada saya adalah teruskan berniaga. Katanya, biasalah awal-awal. Income pun cukup-cukup untuk pusing modal saje. Bila dah lama, bisnes itu dengan sendirinya berkembang. Jangan give up. Just Do It!

How to close a sale | Part 2

Posted by Fathuallah in July 16, 2009

Apa khabar semua?

Sambungan daripada part 1 semalam. Pelanggan / customer / client, apa saje panggilan yang anda tentukan mereka adalah segala-galanya buat anda.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, setiap kali pelanggan melangkah masuk ke kedai pastikan mereka di layan seperti raja.

Customer is King.

Pelanggan amat berasa senang bila mereka dilayan setiap kali berkunjung ke kedai anda. Mereka akan merasa selesa dan mudah untuk membuat keputusan membeli daripada kedai anda. Jangan sesekali sia-siakan pelanggan pertama yang melangkah masuk ke kedai. Pastikan anda berjaya membuat jualan pada pelanggan yang pertama walaupun terpaksa menjual pada harga kos.

Kenapa perlu jual pada harga kos? Ini adalah salah satu teknik menawan hati pelanggan. Mereka akan membuat pembelian susulan selepas ini. Membuat jualan pada pelanggan yang sedia ada lagi mudah berbanding mencari pelanggan yang baru dimana anda perlu mengadakan promosi yang menelan belanja yang agak besar.

Pelanggan kita adalah agen yang akan mempromosikan produk atau servis kita tanpa perlu kita mengeluarkan sebarang kos. Promosi mulut ke mulut adalah teknik yang paling memberi kesan yang amat mendalam dan telah dipraktikkan sejak sekian lama. Just Do It!

Calendar

February 2010
M T W T F S S
« Dec    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Tags